Habatus Sauda'

Analisis telah menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda' mengandungi 0,5-1.5% essential oil. Ia mempunyai kesan holistic dengan baunya sahaja boleh mencetus pengluaran hormone dan bahan pembawa (messenger substance). Sebagai minyak ia dihadam masuk ke dalam salur limfa (lymphatic vessel) dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan membuang sumbatan (decongest) dalam kor sistem lymphatic.

TINDAK BALAS HABBATUS SAUDA' KEMUNGKINAN SEBAB/PUNCA

Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Habbatus Sauda':

1. Muntah (Masalah sistem penghadaman)

2. Demam (Masalah usus kecil / besar)

3. Najis berdarah (Masalah anus (lubang dubur) dan buasir)

4. Cirit-birit (Masalah limpa / hati)

5. Berpeluh (pengeluaran haba dalam badan)

6. Sengal bahagian sendi (Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid uric)

7. Sakit Pinggang (Masalah buah pinggang)

8. Sakit tekak / kerongkong (Masalah paru-paru)

9. Kencing berbau (Masalah buah pinggang)

11. Kencing manis bertambah (Masalah hati dan pancreas)

12. Pengeluaran haid berlebihan (Proses perubatan hormon dan masalah limpa)

13. Bertambah selera makan (Proses perubatan kolestrol)

14. Bengkak anggota badan (Masalah buah pinggang)

15. Gatal hidung (Masalah resdung dan alahan)

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN IMMUNE SYSTEM

Menguatkan Sistem Pertahanan badan (Immune System) pada diri manusia.

1. Makan beberapa titis minyak atau 5-7 biji Habbatus Sauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.

2. Jika mempunyai masalah yang lebih berat, maka disyorkan mengambil satu sudu teh (5ml) sebelum sarapan pagi.

3. Selain dari itu sebagai alternatif Habbatus Sauda' boleh di ambil sebagai kapsul atau kapsul minyak Habbatus Sauda'. Dosage adalah mengikut saranan pengeluar. Salah satu penemuan awal dalam kajian ke atas Habbatus Sauda ialah keupayaannya meningkatkan sistem pertahanan badan.

“ Habbatus Sauda' memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus Sauda' memperkuat sistem pertahanan badan. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.Dr. Stanley Kopok,
University of Arizona, USA

Kesan pengambilan Habbatus Sauda' dengan nilai pemakanan dan nilai perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan serangan penyakit.
KECERGASAN MINDA

Tenaga untuk mengulangkaji pelajaran
Minum ½ sudu minyak Habbatus Sauda', atau campurkan dengan minuman panas.

Menguatkan Ingatan/MEMORY IMPROVEMENT
Satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' dicampur dengan 100 mg daun MINT yang direbus. Selain dari itu biji Habbatus Sauda' yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam minuman panas. Ia diminum ketika diperlukan.

KENCING MANIS / DIABETES

Kencing Manis / DIABETES
1. Amalkan minum satu sudu teh (5ml) minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan pagi.

2. Campurkan satu cawan biji water cress (Nasturtium microphyllum) dengan secawan Habbatus Sauda', setengah cawan kulit pomegranate, san setengah cawan fumitory (Fumaria officinalis). Hancurkan sehingga jadi tepung, ambil setengah sudu campuran itu dengan satu sudu (5ml) minyak dara Habbatus Sauda' setiap pagi sebelum sarapan selama sebulan.

Peringatan:
Sebarang kaedah rawatan kencing manis hendaklah diselaraskan dengan nasihat doktor. Pengetahuan tentang penyakit ini amat penting dalam mengawalnya.

Habbatus Sauda'
1. Menolong mengurangkan rasa lesu dan lethargic pada pengidap kencing manis. Hidup akan menjadi lebih aktif dan bermaya.

2. Menolong mengurangkan tahap gula dalam darah. Ada kes-kes di mananpengambilan Habbatus Sauda menyebabkan penurunan gula dalam darah dengan mendadak (hypoglycemia) tahap gula dalam darah yang rendah adalah amat merbahaya. Ia boleh menyebabkan pengsan dan fatality. Oleh sebab itulah pengambilan Habbatus Sauda' mestilah diselaraskan dengan rawatan
konvensional.

Antara langkah yang mungkin perlu diambil ialah:
1. Jangan makan Habbatus Sauda' jika perut kosong

2. Mengurang atau menambah kuantiti pengambilan Habbatus Sauda' mengikut tahap gula dalam darah. Adalah penting untuk pengidap kencing manis untuk memantau tahap gula mereka di klinik atau hospital.nAlat-alat pembacaan tahap gula dalam darah boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.

3. Mengikut nasihat doktor dalam pemakanan.

4. Pengambilan Habbatus Sauda' juga boleh menolong mengurangkan kesan sampingan akibat kencing manis seperti kerosakan pada saraf hujung anggota badan (peripheral neuropathy), kerosakan kepada hati (liver), mata dan buah pinggang.

5. Biasanya penyakit kencing manis akan diiringi oleh masalah-masalah kesihatan yang lain seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, dan sebagainya. Pengambilan Habbatus Sauda' dapat mengurangkan penderitaan pengidap penyakit ini.

Seorang yang mengidap diabetes tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang cukup untuk menggunakannya dengan efektif, sehingga menyebabkan tahap gula (glucose) dalam darah menjadi tinggi. Dengan peredaran masa, ketidakseimbangan ini akan
menyebabkan sakit jantung, kerosakan saraf, sakit ginjal, hilang penglihatan dan lain-lain komplikasi.

Ada dua jenis diabetes:
Type 1:
Diabetes bergantung dengan insulin yang biasanya terjadi sebelum umur 30 tahun.

Type 2:
Diabetes tidak bergantung kepada insulin yang menjadi 90% dari keseluruhan kes-kes diabetes biasanya muncul selepas umur 45 tahun.

Type 1 terjadi bila pankreas berhenti menghasilkan insulin.

Sebab-sebabnya tidak diketahui, berkemungkinan besar disebabkan oleh tindak balas auto-immun. Pengidap jenis ini mesti mengambil insulin sepanjang hidup mereka.

Jenis diabetes Type 2 terjadi apabila berlaku tentangan terhadap fungsi insulin. Pankreas mengeluarkan secukupnya insulin tetapi sel-sel badan tidak bertindakbalas kepadanya. Gemuk yang berlebihan adalah penyebab utama. Faktor genetik / keturunan juga
memainkan peranan utama. Habbatus Sauda' adalah herba yang efektif untuk menurunkan tahap gula dalam darah.

Selain dari itu seorang pengidap diabetes hendaklah:
Bersenam selalu, turunkan berat badan ia dapat menolong mengawal daibetes Makan makanan yang kurang gula dan lebih banyak fibre atau serat.

KANSER

Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
Makan beberapa titis minyak atau biji HabbatusSauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan.

Rawatan untuk Kanser:
Campurkan 1 kg minyak Habbatus Sauda' dengan 1 kg madu asli kemudian panaskan selama 15 minit, selepas itu campurkan ½ cawan jus lemon dan biarkan ia sejuk. Ambil 2 sudu teh campuran ini setiap pagi selama 3 minggu atau lebih.

Semasa rawatan Radiotherapi/chemotherapi
Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' setiap hari.

Mencegah Kanser
1. Amalkan beberapa titis minyak atau 5-7 biji HabbatusSauda' untuk dimakan setiap pagi sebelum sarapan. Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda' sebelum sarapan.

2. 2 sudu teh minyak Habbatus Sauda' 2 sudu teh biji Habbatus Sauda' yang ditumbuk halus,1 sudu teh royal jelly, Panaskan sedikit minyak Habbatus Sauda dalam kuali, campurkan dengan biji yang telah ditumbuk halus, kemudian gaulkan dengan royal jelly dan angkat. Simpan ditempat yang sejuk.

Ambil satu sudu teh campuran ini sebelum makan 3 kali sehari. Amal selama 6 minggu kemudian selepas itu kurangkan dos nya kepada 2 kali sehari.

Keupayaan Habbatus Sauda untuk melawan, mencegah dan merawat kanser telah dibuktikan dalam kajian saintifik. Untuk contoh-contoh kajian yang telah dijalankan,

Di bawah ini adalah contoh kajian in vitro yang dibuat mengenai kanser payudara dan Habbatus Sauda':

1. Farah, I.O., Begum, R.A. Effect of Nigella sativa (N. sativa L.) and oxidative stress on the survival pattern of MCF-7 breast cancer cells. Biomed Sci Instrum. 2003;39:359-64.;

2. Farah, I.O., Assessment of Cellular Responses to Oxidative Stress using MCF-7 Breast Cancer Cells, Black Seed (N. Sativa L.) Extracts and H2O2. Int. J. Environ. Res. Public Health 2005, 2(3), 411-419 Pengkaji tersebut ialah Dr. Ibrahim O. Farah dari Department of Biology, Jackson State University, Jackson, MS 39217, USA

Berikut adalah rumusan pengkaji tersebut:

In conclusion, N. Sativa alone or in combination with oxidative stress was found to be effective (in vitro) in influencing the survival of MCF-7 breast cancer cells, unveiling promising opportunities in the field of cancer chemoprevention and/or treatment.

-“ Sebagai rumusan, Habbatus Sauda (Nigella sativa) sendiri atau kombinasi dengan oxidative stress …. Didapati berkesan… untuk mempengaruhi survival sel-sel kanser payudara…. Menyingkap satu peluang yang memberi harapan dalam bidang mencegah kanser… dan / atau rawatan.”

Dalam kajian tersebut ekstrak Habbatus Sauda' (menggunakan teknik ekstrak alcohol) telah dikenalpasti sebagai sangat berkesan membunuh sel-sel kanser payudara. Akhir sekali pengkaji tersebut telah mengesyorkan supaya kajian lebih mendalam dibuat dalam
usaha membongkar rahsia bagaimana Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-kanser.

Adus....adus......

Marah ader, sedih pun ader....marah sbb geram sgt dgn hubby..lum baik sakit lg dia belasahnyer air oren 1 kotak, dr elok2 doktor bg kluar wad terus kene tahan balik..ak dh la heppy sgt biler dgr dia dh leh kluar hospital..terus mintak cuti kt bos lak tu isnin n selasa depan sbb nk balik kg, alih-alih petang td dpt berita dia sakit perut sbb minum oren....ei...geram je..sblm ni ak dh ckp jgn mkn yg bkn2, tgg elok br la leh mkn, ni biler sakit mcm2 lak yg dia nk mkn sedangkan xblh mkn...erm jd camni la biler xde pemantauan..ak pun xblh la nk pantau dia sgt, ak kan keje so terpaksa la dia berdikari sendiri..sedih la...irsyad pun dh rindu sgt kt baba dia.ari Ahad aritu, ms g melawat baba dia, biler nk balik irsyad dh nangis2 sbb baba dia x ikut balik.ak biler ank ak sedih, ak pun jd sedihla.nk bt camner dh nasib kami sekeluarga mcmni.ak kene la redha ketentuan illahi. biler xde hsband ak terpaksa la bt semua kerja sendiri.kadang2 tu rs penat sgt biler hsband tiada di sisi. ak mula la nangis biler kene time mcmtu..msk arini dh ari ke-15 hubby ddk hospital.xtau la biler dpt kluar ni...hope sblm puasa dh kluar la.ak pun dh larat nk berulang ke hospital.harap hubby cepat la sembuh...ayang n irsyad sentisa tunggu kepulangan abang...kami rindu sgt gurau senda abg di rumah...moga abg tabah hadapi dugaan Allah.

Batu Hempedu

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

"Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


Simptom-simptom

  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

    Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

    "Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

    Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

    "Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

    "Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Diagnosis

Dr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.

"Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal.

"Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan

  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

    Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Bukan pembedahan

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
  • Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  • Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

Roadblog2......

Erm tension je ak arini.klu krn x melawat my hubby kt hospital, xdenyer ak nk kluar rumah.Mula - mula tu ingat mls jg nk g melawat bkn aper tkot jln jem, tp fikir2 myb 1@2jam je..n cian lak kt my hubby sorang2 xde kwn, so ak g la jg...so happy jg la sbb arini leh dpt teman hubby lamer ckit. Irsyad pengasuh dh offer diri leh jaga so ak xla pening kepala pasal dia sbb kt wad tu xbleh bwk budak. Erm......tp yg xbestnyer ak terperangkap dlm jem selama 5jam. Dari kol12ari tgh sampai kol5  petang. Semua orang yg terperangkap naik tension jerk... diaorang smua bengang termasuk la ak. Rs cam polis bt keje lembap. Punya la ramai polis tp ramai2 chek sebiji keta..aper la salahnyer diaorang bagi2 n chek la bnyk kete.kan senang...cepat la ckit. keta dh la banyak. Semua orang ader hal pnting, klu x penting xde la nk kluar rmh. Time ms kt ak bt  spotchek, br ak tgk diaorg bt sekali 3 biji kereta. Diaorg bg2 so xde la jem teruk klu diaorg bt lagi awal mcm tu, so laju la ckit. Ak dh bajet kol5 ptg nk balik dr hsptal tp kol5 lbh la ak br sampai hospital....aper lg, ak jmp my hubby, bg dia buah anggur n apel n x sampai 5min pastu trus kt nak balik sbb fikirkan Irsyad takot pengasuh bising ambik lewat lak wlpun dia xpernah bising.ak je yg risau. Nasib baik la hubby faham so dia kt xpe la. Balik la dl, dia pun risau jg Irsyad kt rmh pengasuh tu...n sok ak dh ckp ngah hubby ak x g melawat dia.tkot jem cam td. Cuma klu dia kluar wad esok, br la ak akan g ambik dia. Lgpun cam segan lak nk sruh pengasuh tu jg. tkot dia nk g jalan2, biler ader Irsyad xblh la dia nk kluar. Hubby faham n dia kt xpe la.nk bt camner...lgpun ak dh tgglkan buah-buahan kt dia, so leh la dia mkn cm xdpt nk smpkan hajat hubby nk minum jus buah..ak xsmpt nk beli...dh lewat sgt. Harap dia xkempunan la..ak luper lak nk mntk maaf kt dia...dh kelam kabut pnyer pasal, smua luper...sory syg..ari isnin klu x kluar lg, ayg bwkkan jus k....hope ari isnin ni my hubby kluar la wad...ak pun dh xlarat nk berulang ke hspal ari2...bkn mengeluh tp cam kelam kabut ckit....hope hubby cepat la baik n chat...amin....

sedihnyer

Hari Jumaat yg indah.ak rs seronok sgt n x sabar kerana my hubby akan keluar wad petang ni. Tp malangnyer my hubby call mengatakan dia kene tahan wad smp ari Ahad kerana dia berasa sakit lg di bahagian ulu hati so dok terpaksa tahan wad lg....adus....sedihnyer ak. Beberapa minit lepas tu, k.long call n cakap mak sakit perut sgt2...n adikku telah bawa ke klinik di dapati mak ader jangkitan kuman ckit. Sakit perut smp xnk mkn...sedih datang lg.....yg geramnyer adik ak leh tgglkan mak ak sorang2 kt rumah sbb nk g keje. ak call dia suruh dia balik segera jg mak.klu ape2 hal saper nk tangungjawab.ak dh la ddk jauh, laktu hubby pun sakit.ak ingt klu hubby kluar arini, nk balik kg arini.klu ikut perancangan ktorg mmg nk balik kg arini sbb mother in law dh call sruh balik mkn durian. Tp apekan daya my hubby still sakit lg n mertua call kt, blk lmbat xdpt la mkn durian.ak kkte xpe la mak, mgkin xde rzki ktorg. Berbalik citer pasal my mom, lps je ak marah smbil nangis2 kt adk ak, dia pun balik la sbb terasa sbb jgk kot biler dgr ak nangis.saper la x sayang mak.klu ak ddk dekat, dh lamer ak jg mak ak, mslh ak ddk jauh so hrpkan adk aku je la. Adk ak ckp mak xnk mkn terus mkn ubat.mak muntah balik lps tu trs je tido.ak sruh dia paksa mak mkn, tp dia xnk.ak bkn aper, sruh mak mkn ckit, br leh mkn ubat....erm..adk ak ni mmg ssh ckit. Petang ak call, dpt la ckp dgn mak, mak kt tghari td dh xsakit sbb dh mkn ubat, ptg ni sakit balik...erm ak jd risau la. ak suruh adik ak call a.ngah bwk mak g hsptal. Kt hsptal dok masukkan air 2 botol sbb mak ak kurang air. N Chek darah la sekali...lpstu mak kt dh xde rs sakit lg, ye la dok dh bg ubat so hilangla...mujur mak xkene tahan wad.klu x, camner la ak ni. Kt cni suami yg sakit, kt kg mak yg sakit..sedih jg ak, mujur la kwn2 bnyk bg semangat so ak xde la rs tertekan sgt. mak pun dh ok, ak rs lega ckit.tggl my hubby je..hope smua ok la. N berita ku baru terima lg, k.long mesej ank buahku yg sulung tangan retak sbb main bola. Dia kene kt asrama. agknyer dia main bola mlm2 ke.sbb cikgu dia call kt tgn retak dh mlm...adus...cian kt ank buah ak. nk blk kg xblh so tny khbr gn phone je la..hope mak n syafiq (ank buah) smua ok n sihat..erm...agknyer ni br dugaan kecil Allah bg pd keluarga ak.mungkin Allah suruh ak mengigatinya spy ak x lalai dlm perintahnyer.ak bersyukur padamu ya Allah n ak redha di atas segala ujian mu.....amin.

My luV HuBBy

Hari ni genap 3 ari my hubby ddk di hotel wad  HUKM..n arini br la smpt ak nk menulis blog ni.terlalu bz smp tiada kesempatan. ERm...arini br tau kptsan yg sebenar2nya keadaan my hubby. Sblm ni, bnyk dh g klinik kerajaan n swasta n hsptal kajang tp smua kt my hubby gastrik. Last2 g chek up kt HUKM, erm jwpnyer berlainan sekali..ader batu di hempudu my hubby. Dok kt klu lewat leh bwk maut. Patut la my hubby sakit selama 1 minggu tnpa henti. Pelik jg, xkan la gastrik x baik2 langsung. Sll org kene gastrik minum susu n tido terus baik lps tu, ni x...sakit je...rp2nyer ni la jwpan yg kami cari...arini dok akan masukkan skop ke dlm mulut my hubby n chek di mana kedudukan batu tu....n dok kt klu leh skop/pecahkan, dok akn pecahkan terus....tp klu xblh my hubby terpaksa di oprate......Ya Allah mudah-mudahan leh buang camtu je la..xpyh la nk oprate.my hubby pun takot sgt klu kene oprate...erm....ape2 pun ak berdoa smg my hubby cpt smbuh. klu kene oprate ak kene la redha.jnji my hubby cpt pulih.ak x sggp dh tgk dia menahan sakit...sll ak menangis biler tgk dia sakit.bkn aper tgk dia menahan kesakitan tu, rs cam nk tercabut je nyawa dia... Alhamdulillah penyakit yg sebenar telah di ketahui n hope my hubby cpt sembuh n selamat smuanya....amin.....

Penyakit My Hubby

semalam 02/07/2011 my hubby mc lg krn gastriknyer ttp xbaik2 lg.so dh xtahan sgt my hubby g la klinik swasta utk buat pemeriksaan. klinik n hspital kerajaan dh pergi tp nk kene 3bln br nk ambik tindakan.rsnyer cam bengang je dgn hsptl.klu sakit xteruk, xde la klinik sruh refer hspital, ni x, biler dh g hspital just bg ubat n tggu 3bln lg br dtg chek up.org tgh sakit ni, leh lak camtu.klu camtu klinik pun leh bt camtu, xpyh refer hspital.bengang je rs.dh la my hubby dgn kencing kotornyer, mate dh kuning, slumber je dok hsptal tu leh tny naper mate kuning.pttnyer dia kene la chek.ni x dok lak tny pesakit.erm....last2 hubby xtahan pg smlm dia g lak klinik swasta.klinik swasta sruh my hubby refer krjaan jg sbb bnyk nk kene chek. hubby ckp dh g hsptl 30hb aritu tp dok tu leh bt bodoh jerk.rpnyer dok klinik swasta tu, dok kerajaan, dia bt part time sabtu n ahad kt ctu.so dia ckp, klu 50-50 diaorg mmg xnk chek.so dia sruh ari isnin g jg klinik kerajaan. lps g klinik my hubby jmpe la member dia, biler member dia tgk keadaan my hubby, trs member dia ckp ko kene g hsptl cepat.penyakit ni bahaya tkot jd cam mak cik dia.tp dia xnk ckp pun mak cik dia sakit aper. Dia tkot klu my hubby tau, nnt jd cuak so dia just ckp g hsptl cpt. So ptg dlm kol 7mlm my hubby g blik kecemasan hsptl kajang utk bt pemeriksaan. So kene la ambik darah n chek air kencing utk tau aper sebenarnya penyakit my huby. Lepas ambik darah dok sruh balik rumah dl makan n dlm kol9mlm dtg balik. N kol9mlm my hubby pergi ke hsptl utk tau keputusan darah n dok kt darah my hubby ader kuning. Kemudian g x-ray. Lps dpt kptsan X-ray 50-50 samaader nk kene tahan wad@ x. Ak yg kt rumah ni dh risau dok pikir camner la ak nk bt klu my hubby kene tahan wad. Dh la kami 3beranak je kt cni. Dlm kol 1.30pagi Alhamdulillah my hubby balik n x kene tahan wad. fuhhh.....ak berasa sgt la lega.tp kerisauan ttp x hilang lg mengenai penyakit my hubby. Kptsan penuh lum kluar lg. Hope my hubby tidak berada dlm keadaan berbahaya.semoga Allah melindungi my hubby dr penyakit yg berbahaya. N aku terpaksa la redha dgn aper kptsan yg dok bg nnt. Moga Allah pelihara n beri kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga...Amin.

Aksi BEraNI IRsyad




ni la aksi berani mati Muhammad Jazli Irsyad.slumber je dia panjat beskal pastu nk diri.ak lak yg cuak tgk dia bt camtu..beskal tu dh la senang tumbang.ni la di namakan ank jantankan, klu ank prmpn mst xberani nk bt camni.so ak kene trm la klu ank llki ni sorang yang lasak walaupun badan berdebab.berlari pun  kuat dia ni, penat jg la ak nk mengejarnyer klu dia lari.bkn aper, tkot klu ader keta lalu lalang, xperasan dia, naya jerk ank ak kene langgar...ya Allah jauhi la..moga irsyad sentiasa di lindungi Allah...amin.