Mee Kuah Udang & Kerang


Bahan2: (untuk 2 orang)
  • 200g mee kuning
  • 50g kobis
  • 5-10 tangkai cili kering
  • 1 ulas bawang besar (sederhana)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 cawan air
  • 4 ekor udang
  • 20 ketul kerang
  • 2 biji telur
  • 3 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit garam
Cara2:
  • blender cili kering, bawang besar dan bawang putih, kemudian tumis sehingga naik minyak
  • kemudian masuk udang dan kerang kacau biar masak sekejap n masukkan air, kicap, sos tiram dan garam
  • biarkan kuah mendidih kemudian masukkan mee, kobis, n telur (jgn hancurkan)
  • kacau n biarkan seketika bagi telur masak
  • kemuadian hidang n boleh la makan.

Kuih Jagung Manis


Bahan2:
  • 100g (1 tiub) tepung campuran Hoen Kwe-kuning
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu garam
  • 4 1/2 cawan santan (klu x suka santan leh gn air shj tp masukkan sedikit susu pekat bagi rs lemak2)
  • 1 tin jagung berkrim dalam tin
Cara2:
  • campurkan kesemua bahan ke dalam periuk
  • masak dengan api sederhana sehingga pekat dan sebati
  • tuangkan kedalam acuan dan sejukkan ke dalam peti sejuk
  • potong kepada kepingan atau bentuk mengikut kegemaran anda. sedia di hidangkan.

Si debab mama pantang jumpe air

 irsyad tegah seronok kocak air

 kocak air guna kaki

 tengah main dengan buih


Ni la aktiviti si irsyad klu mandi dlm mangkuk tab baby.Memang pantang la jumpe air...dia mmg jenis x takot air. dr lahir lg, klu mandi x pernah nangis, senyap je. dia tgh mandi ni tak boleh ddk dekat, klu tak ak pun hbs basah.ak perhatikan lg jauh jerk tp xde la ak tgglkan dia..dlm 1/2jam jerk ak mst kluarkan dia, tkot lak berendam lamer2 sgt.org kt bdk llki x elok mandi lame2 sbb sejuk....(org kt la.....ak pun xtau btol @ x). sbnrnyer irsyad xpuas sgt mandi kt mangkuk tab ni, dia sk mandi kt kolam, tp ak mls nk bwk dia turun bwh mandi kolam, so ak sruh jerk dia mandi dlm mangkuk tab ni.lgpun baba dia xde, tu yg mls, klu baba dia ader, baba dia yg bwk dia berendam...lg 1 klu mandi kolam dia xnak naik dh, nk berendam lame2...time tu la yg bt ak x larat nk mendukung dia ajk blk.

Kaedah Perancangan Keluarga

Sumber: Harian Metro, 17 April 2011

  • Kaedah semulajadi (contoh penyusuan bayi @ ejakulasi di luar). Kaedah ini bagaimanapun kurang berkesan
  • Kaedah halangan seperti kondom. Ia adalah cara pencegahan kehamilan yang baik, murah dan dapat mengelakkan jangkitan penyakit seksual.
  • Pemandulan iaitu mengikat peranakan bagi wanita @ lelaki.
  • Pil perancang (wanita)
  • Alat intrauterin (IUD)
  • Sistem intrauterin (IUS)
  • Implan
  • Suntikan

Manfaat Pergerakan Dalam Solat

Sumber: Harian Metro, 17 April 2011

1. Posisi Pertama - berdiri lurus dan kedua - dua tangan diangkat ke atas
Faedah: Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bongkok serta fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. Posisi Kedua - berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah
Faedah: Menimbulkan kosentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru - paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

3. Posisi Ketiga - rukuk
Faedah: Merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pingang. Lama - kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

4. Posisi Keempat - iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
Faedah: Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.

5. Posisi Kelima - sujud
Faedah: Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru - paru. 'Metal toxin' minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, menigkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan, malah kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat

6. Posisi Keenam - duduk diantara dua sujud
Faedah: Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak diatasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua - dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.

7. Posisi Ketujuh - sujud kedua
Faedah: Memberikan penafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagiaan emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8. Posisi Kelapan - bangun semula daripada sujud
Faedah: Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.



liat bangun tido

kejadian ni pagi semalam...susah btol la nk kejut ank bujang ak ni...seksa rasanyer.mau 10min jg la nk kejut dia bagun so secara automatiknyer ak lewat la masuk opis.tegokla aksi2 irsyad masa kene gerak bagun tido....

               irsyad mengeliat..pastu leh tido balik




menguap.....tetap xnk bagun

ni semua gara-gara tido lewat sbb seronok sgt bermain dengan baba dia.smp baba dia nk tido dia xbg...ye la dh lamer x jumper baba dia sbb g kursus, tu yg rindu sgt..tp mlm ni ktorg kene tggl lg, ari ahad br baba irsyad balik..xpe la irsyad tido dgn mama ye...

Rambut Baru Irsyad

 Rambut Irsyad kene gunting pagi td. Baba dia yg guntingkan gn mesin. Nasib baik la Irsyad leh ddk diam jerk tp kene umpan dgn main air paip... so dia xksh la nk bt aper pun kt diri dia...janji dia leh main air paip tu..so keje baba dia senang la....xpyh susah2 nk pegang kepala dia..2 minggu lg mak itam irsyad kawen...time tu dh hensem blk la rambut irsyad...nk bergambar sakan pun xpe....

Irsyad sudah tukar susu

Dr umur 2bln irsyad minum susu Anmum hingga la sekarang.tp di sebabkan harga Anmum telah naik dr rm58 ke rm74 dan irsyad sudah kuat minum susu, babanyer sudah tidak larat lagi utk membeli susu Anmum Essential yg formula baru ni. mahal sgt..dh la kuantiti pun kurang ...so dgn terpaksanyer susu irsyad telah di tukar kepada susu Ducth Lady 123 perisa madu. Mula2 mmg irsyad cam x suke,tp org kt br nk try minum mmg camtu, kene slow2..so skrg alhamdulillah irsyad dh suke minum..bt ms skrg stok Anmum ader lg..tp tu ktorg letak kt rmh pengasuh je..kt rmh minum Ducth Lady...xpe la irsyad pun dh besar, leh minum susu murah...klu dl ms baby kene la bg susu mahal ckit.......lgpun tgk susu Ducth Lady sekarang nmpk bagus je.ader 5x DHA lg.so kire ok la kan irsyad minum Duth Lady...so skrg kurang la ckit beban baba irsyad utk beli susu.kosnyer separuh dr yg dl...selamat....heheheehe..

Begedil Ayam

Tiba - tiba jerk my hubby ni teringin nk mkn begedil la plak...dh la kt rmh xcukup bahan...dia sggup g tesco pagi2 g beli barang2 yg di perlukan iaitu kentang n bawang goreng.ayam g beli kt pasar kajang.nk xnk ak buatkan utk suami tercinta...ahaks....lgpun dia nk g kursus petang ni smp ari rabu, nnt kempunan lak dia....kursus kt shah alam jerk...hehhehehe...resepi begedil ni dapat dr kakak ipar ak..tp ak ader la ubah ckit mengikut cita rasa kami......


Bahan2:
  • 3 ketul isi ayam
  • 5 ketul kentang (besar)
  • 50g bawang goreng
  • 1 biji telur (asingkan putih n kuning)

cara:
  • potong dadu isi ayam kemudian rebus n masukkan sedikit garam. rebus lebih kurang dlm 15minit.
  • kentang di potong dadu n rendam dgn air garam kemudian goreng
  • setelah itu lenyek2kan kentang n ayam  
  • kemudian masukkan bawang goreng n kuning telur seterusnyer gaulkan
  • kemudian kepal2kan supaya jadi bulat leper.
  • begedil yg dh di kepal, celurkan ke dalam putih telur kemudian goreng dalam minyak panas
  • kemudian hidang n boleh di makan....

Roti Jala


Roti jala ni sarapan ktorg 1 fmly pagi tadi.ni br 1st time bt, nasib baik jadi....tapi banyak kali jg la ak tebar xjd..rsnyer kali ke-5 br jadi.my hubby kte sedap, same rs cam mak dia bt.ak eppy sgt2 sbb dia sk.roti jala ni ak ambik resepi dr mak mertua so klu hubby kt same rsnyer so kire menjadi la ak bt roti jala ni...roti jala ni ktorg makan dgn kari daging, sll mertua bt kari ayam tp sbb ayam dh hbs so bt la kari daging.hubby kte ok jerk...sedap...hehehehe.....

Resepi Roti Jala

Bahan2:
  • 250g tepung gandum
  • 600ml air
  • 5 sudu minyak masak
  • 3 sudu susu pekat
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning

Cara2:
  1. masukkan tepung, minyak, susu, telur, garam, pewarna kuning dan air ke dalam blender
  2. blender semua bahan tersebut. (jika adunan pekat, tambah lagi air, jika terlalu cair, tambah sedikit tepung)
  3. panaskan kuali, kemuadian tebar...(kuali mestilah btol2 panas)

Rindu kt member2 JAIM

Tiba-tiba terasa rindu lak member2 kt JAIM...terutama k.mazidah, k.miza, k.ita n aqwa..teringat gurau senda diaorang terutama k.mazidah yg suke sangat bt lawak...klu ddk sblh dia, asyik nk gelak je...wlpun ktorg  gelak2 tp tangan still jln bt kerja.klu keje bnyk rs hilang ckit stress kt kepala...tp sekarang semua tinggal memory.hampir 1 tahun ak dh x seopis dgn diaorg.terima kasih sgt2 dgn diaorg semua sbb bnyk beri tunjuk ajar ms ak keje kt saner.diaorg semua x kedekut ilmu..so ak heppy sgt keje saner.tp apekan daya ak terpaksa berpisah dgn diaorg sbb kene la ikut my hubby yg keje kt kl....erm...rindunyer......teringat saat2 bersama dgn diaorg semua ...



                        

1st time irsyad mkn mcD







kegembiraan irsyad 1st time mkn mcD.seronok btol dia..ye la mama dia xpernah bwk mkn kt cni.arini mama dia mls nk masak so aper lg, ktorg 1 fmly g serang mcD la...sajer2 nk try lunch lain dr lain..asyik mkn nasik je, bosan lak....tgok la irsyad ni, kemain heppy lg dia..seronok lak ak tgk dia..sesekali leh pergi ye sayang, sll xblh la...pokai mama nnt....

PudING BerKuah

 



Bahan2 PuDiNg:

1 botol tepung nona hoen kwe (x kisah warna aper)
santan & air
gula &garam



Bahan2 Kuah:
1 tin susu cair
1 tin laici
1 paket nata de coco
1 tin buahan campur
cara2:
masukkan tepung nona ke dalam periuk, kmudian masukkan 1 cawan santan pekat (gn santan kotak),3 cawan air, 1 cawan gula n sedikit garam. kemudian buka api n kacau bahan2 sehingga mendidih. setelah itu, masukkan ke dalam loyang untuk di sejukkan.biler dh xpanas boleh masukkan ke dalam peti ais untuk bagi cepat kenyal

ketika masuk santan


kacau hingga mendidih

dalam loyang untuk di sejukkan

untuk membuat kuah:
masukkan 1 tin susu cair, 1 tin laici, nata de' coco, buah campuran n sedikit susu pekat ke dalam 1 bekas.kemuadian kacau bagi sebati n potong puding tadi campurkan ke dalam kuah.kemudian simpan ke dalam peti ais.sejuk baru sedap utk di makan....

akk bt puding ni pun time mak ak dtg aritu,klu kami tinggal berdua x bt pun sbb takot x hbs...mak mertua kt puding ni leh tahan 3hari je....so sape2 klu dtg rmh, mmg x miss la ak bt puding ni....

erm..............

rsnyer dh lamer ak x komen dlm blog ni...lbh kurang 2 minggu.sejak si irsyad yg tembam itu demam n menangis tgh mlm...ak teramat la letih melayan kerenahnyer, so xde la masa nk mengadap laptop ni...arini br tersa free ckit..si irsyad yg tembam itu sekarang berat dia dh 14kg...aduh makin membesar rupenyer ank ak ni..tu pun mgkin sbb demam naik 14kg je, klu x demam ak rs capai 15kg utk 15bln...huhuhuuh...xpe la nurse kt berat ckit xpe, jgn berat x naik, tu lg mslh.jnji irsyad sekarang dh sihat n cergas...tp biler umur dh menjangkau 15bln ni, mengatal lak ank ak tu, pantang awek tegur, kemain suke lg..tp malu2 tetap ader..erm...ikut saper la ye...ikut  baba dia ke?heheheheh....xpe la mgkin ank mama br nk bljr mengenal jantina kot...hope biler dh besar nnt jgn la mengatal camtu lg ye irsyad.....luv u sayang mama...ank yg bijak n cerdik..
irsyad yang makin membulat............

                                                                         irsyad hepy2....